Bila Hati Mula Berbicara...

Monday 4 April 2011

Still Pasal Cinta lorh...


CINTA.. Pabila ia telah wujud dan membara didalam hati  seseorang itu…. Ia akan menguasai setiap perkara yang berkaitan dengan yang dicintai…Maruah..Kemulian..Keagungan..Pangkat..Darjat..Harta.. Kesusahan..Kesakitan..kepedihan.. tidak lagi bererti dalam membela dan mempertahankan yang dicintai… 

Kerana cinta jua lah... jika kita lihat dalam diri para sahabat RA, zahirnya satu semangat yang luar biasa  dalam berjuang untuk memartabat dan mempempertahankan Ad-Deen… Mereka.. tidak menghiraukan Harta benda…Pangkat Darjat.. Dan kesenangan dunia…
Mereka…Tidak takutkan kemiskinan..Kesusahan..Kelaparan…Dan kepayahan…..
Mereka… Tidak bimbangkan kesakitan.. kepedihan..HATTA  kematian…
Mereka korbankan segala perasaan mereka… hanya untuk satu perkara… untuk melihat.. bagaimana Islam dapat tersebar keseluruh pelusuk dan penjuru dunia ini…
Sahabat pembaca sekelian...
Semua ini hanya akan terhasil  pabila cinta pada sesuatu perkara itu  wujud didalam hati  seseorang… 

Cinta tidak akan datang dengan mudah2...dengan kita hanya duduk2  bersenang dan mengharap supaya cinta itu hadir.... TIDAK... sahabat R.A.. mereka korbankan.. segala2nya yang mereka ada... kerana itu Cinta mereka kepada agama mencapai satu tahap.. yang sungguh tinggi.. menakjubkan.. dan tak mungkin dapat dibayang dan diceritakan dgn pena dan kata2....
(ana kesuntukan masa sekarang nie... insyaAllah.. Andainya masih diberi umur dan hayat untuk terus berada dibumi Allah ini... ana akan ceritakan bagaimana dan betapa hebatnya pengorbanan yang diberi oleh sahabat... semata2 untuk mengembangkan Agama ini... dari seorang yang.....- uiks zakwan..dah2.. kate nak sambung nanti.. kawan anta tue dah berjenuh dah tgu tue-Ahakz....)

Akhir kata....
Semoga Allah dengan Kemurahan Dan Kasih sayangnya… Serta Dngan Keberkatan Kekasihnya S.A.W…mengurniakan kepada kita cinta yang suci dan hakiki hanya kepadanya, dan kepada rasulnya yang mulia... Sehingga kita dapat merasakan Kelazatan dan Kemanisan dalam Beribadat kepadanya.. DAN juga supaya kita dapat merasakan kebahagian.. dan kemanisan dalam menghadapi apa jua Penderitaan..kesusahan.. kepedihan dan kesukaran.. demi utuk Agama Yang Suci ini.....
Ameen.....♥ •°•.* .•°•.* * .• ^__^

1st Post KSP.. ^_^




CINTA…
Hurmm Coz my blogs name is KALAM SEORANG PENCINTA… so for da first post nie… Rasenye kite cakap pasal CINTA a.k.a LOVE ASYIQ MAHABBAT MAWADDAH n etc la ek..ahakz…^_^….
Hari nie kan….Ramai org suke bercakap n berbicara pasal cinta. Ramai yang tahu
menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu
bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi
adakah mereka..Ana..And kita semua  tahu apa makna / erti / maksud cinta yang sebenarnya???





CINTA.... terlalu complicated untuk dihurai n disyarahkan... lebih2 lagi oleh ana yg masih terlalu mentah dalam mengharungi titian hidup ini….btw... dengan sedikit ilmu and pengetahuan yang Allah kurniakan pada kita nie... same2 la kita kongsikan sesama keyh... 

Actually cinta bukanlah sesuatu yg dapat dijelaskan oleh baris2 ayat... gabungan huruf2 dan bicara dari kalam seorang insan... cinta ialah satu keadaan hati yang melangkaui lafaz2 perkataan.. dan baris2 ayat...

Cinta itu terlalu suci, mahal dan tinggi tarafnya..... 
Sucinya cinta..  ia tidak akan mampu dihuraikan oleh2 kata2... 
mahalnya cinta.. ia tidak mungkin dapat dibeli, walau dibayar seluruh kekayaan dunia ini... 
tingginya taraf cinta itu... ia tidak mungkin dapat dicapai tanpa pengorbanan..kesusahan.. kepayahan dan mujahadah yang tinggi...
P/S: Aduyai… tgh2 sedap menulis nie… idea lak tgh melimpah2 masuk dalam kepala nie… Azan plak berkumandang…hurmm sambung len kali la nampaknye …ehehe… ape?? Nak suruh sambung tulis sekarang… mane bley la inche2 sekelian…. Kena dahulukan yg lebey utama… mana lagi penting… Musti la solat kan..pandai pun…ahakz… jumpe lagi.. salamun alaikum… •°•.* .•°•.* * .•  ^_^