Bila Hati Mula Berbicara...

Sunday 18 March 2012

[unknown] prolog-1

Angin petang lembut membawa ombak menuju ke pantai, kemudian ia membelai setiap ciptaan Allah yang berada disitu, dedaunan pokok terbuai-buai mengikuti irama angin, dan ombak pula masih lagi setia menemani pantai, tidak pernah berhenti semenjak sekian lama,kesetiaan yang tiada tandingannya..


Tidak jauh dari pantai, dibawah bayangan pokok rhu, kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri tegak menghadap hebatnya ciptaan Allah dihadapan, abaya dan jilbab yang dipakainya turut sama terbuai-buai dibelai lembut oleh bayu petang,bibir tidak putus melafazkan pujian kepada Rabb pencipta Alam ini..Mata dilontarkan jauh ketengah laut, tenang membiru ditemani awan yang setia memayungi, ketenangan pantai itu mengusik tangkai hatinya, dia teringatkan kata-kata seseorang..


"hati manusia seperti pantai, jangan mudah tertipu dengan tenangnya permukaan laut itu, laut memang sentiasa akan menunjukkan ketenangannya, namun tiada siapa yang tahu segala gelora dan badai yang sedang melanda dasarnya, sekuat mungkin ia cuba untuk menyembunyikan semua badai yang sedang menyiksa jauh didasarnya, namun dipermukaannya, yang ditunjukkan hanyalah ketenangan, kegembiraan, dan keindahan"..


Dia menyambung lagi..


"cuma apabila ia sudah tidak mampu lagi menanggung hebatnya badai yang menyiksa, maka disaat itu dengan penuh keterpaksaan ia terpaksa menodai ketenangan permukaan dan pantainya dengan ribut yang ganas menggarang.. Dan disaat itu, langit turut menangisi pemergian dan kehilangan ketenangan itu, matahari jua menghilang, tidak sanggup melihat pemandangan yang menyiksakan itu"..


Dan hari ini, dia benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkan dari kata-kata itu, disaat ini dia teringatkan seseorang, seseorang yang sangat disayangi, seseorang yang sangat dirindui, hari ini dia cuba untuk tersenyum, cuba untuk bergembira, cuba untuk menunjukkan pada semua orang, pada insan yang berada disekelilingnya bahawa dia adalah insan yang paling bahagia, namun jauh didasar hati, dia tidak dapat menipu diri sendiri bahawa, dia sebenarnya sedang tersiksa memendam sesuatu, memendam rindu yang tidak berakhir, merindui seseorang yang telah jauh terpisah daripadanya, dipisahkan oleh sesuatu yang pasti, dia juga tahu, seandainya dia pergi mengembara walaupun hingga ke hujung pelusuk dunia, dia tetap tidak akan dapat bertemu dengan insan yang dirinduinya, namun apakan dayanya, dia tidak dapat melupakan insan itu, insan yang sangat bermakna padanya..


Kadangkala dia rasa tidak kuat lagi untuk menanggung kesemua itu, setiap kali cebisan kenangan datang menjenguk pantai hati, disaat itu hatinya akan menjadi sayu, bibir mungkin mengukir senyuman cuba untuk menenangkan hati, dan menipu insan disekelilingnya, namun saat tiada siapa disisi, saat dia bersendirian, kadang-kala air mata tidak dapat ditahan mengalir membasahi pipi..


Gelak tawa kanak-kanak yang sedang bermain ditepi pantai menarik perhatiannya, pandangan dilontarkan pula pada 3 orang kanak-kanak yang sedang bermain dengan ombak laut yang tenang memukul pantai di petang yang damai itu, seorang pemuda dalam lingkungan 20an kelihatan mengawasi mereka, dia duduk menghadap pantai sambil tangannya ligat menari diatas dada kanvas dihadapannya, cuba merakamkan suasana petang yang indah itu mungkin. sesekali dia mengingatkan kanak-kanak itu supaya tidak pergi terlalu jauh..


Pemandangan itu mengingatkan dia lagi kepada insan yang dirinduinya itu, kenangan lama terbayang kembali, pertemuan kembali setelah sekian lama dipisahkan oleh perpisahan yang menyiksakan, masih jelas terbayang dimindanya pertemuan mereka ditengah bumi jihad yang menyimpan jutaan rahsia dan cerita, pertemuan yang tidak dirancang namun telah disusun rapi oleh Rabbul Izzati..


Air mata tak mampu ditahan lagi, akhirnya turun jua membasahi pipi, pemandangan dihadapan semakin kabur digenangi air mata,


"Abang, Sya rindukan Abang, rindu sangat, datanglah Abang, Sya rela walaupun hanya sekadar didalam mimpi"..


Tanpa sedar bibir menuturkan kata-kata itu, Air mata semakin laju membasahi pipinya..
Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki menghampirinya dari belakang.


"hai jauh termenung, sampai tak sedar Abang datang ni ya"


Tidak perlu berpaling dia sudah tahu siapa yang berada dibelakangnya,
Tangan segera dibawa ke muka, cuba menghilangkan sisa-sisa air mata, bibir cuba mengukir senyuman manis, namun terasa seperti terlebih gula..


Badannya dipusingkan menghadap lelaki itu, pandangan mereka bertemu, dia cuba melarikan matanya, tidak mahu lelaki itu mengesan apa-apa disebalik senyuman dan anak matanya yang sedang menyimpan 1001 rahsia yang sukar untuk diungkapkan, kepala didongakkan keatas, mata memandang langit yang masih lagi setia menemani laut sejak sekian lama..


Dan dibawah langit yang sama, dihadapan pantai yang sama..........


Bersambung.....


P/S:
*mini novel terbaru dari Ana, masih lagi tercari-cari tajuknya..
*actually, ana tak habis tulis lagi mini novel ini, still lagi dalam penulisan; tapi entahlah terasa gatal pulak tangan ni nak post kan, ahakz..
*Idea nak tulis cerita ini pun datang secara tak sengaja..
*semoga dipermudahakan urusan ini InsyaAllah..
*amaran awal, kepada semua yang membaca, Ana minta maaf sangat andainya akan membuatkan Antum semua lama menunggu dari satu part ke part yang seterusnya, sebab ini kali pertama Ana buat cerita yang menggunakan genre yang Ana sendiri tak pernah try sebelum ini.. So kadang-kadang tu lambat sikit la idea nak datang..
*komen dan nasihat yang membina sangat dialu-alukan..

Friday 16 March 2012

Syukur-Abanglah pengemis itu..

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum to all my dearest
friends, readers, followers, supporters,
lovers, haters, enemies and all
bloggers..

So apa khabar semua? Diharap sihat
sejahtera disamping keluarga dan insan
yang terchenta, dan semoga sentiasa
berbahagia didalam naungan rahmat
dan kasih sayang Allah.. InsyaAllah..

Sekadar berkongsi sedikit ilmu ada..

Kenapa kita perlu bersyukur???

Ana rasa semua orang pun maklum dan tahu kenapa kita kena bersyukur kan??

Banyak sangat sebab mengapa kita kena bersyukur, andainya hendak dibincangkan disini, mungkin ramai diantara kita yang membaca (kalau ada yang membaca) yang tak akan dapat menghabiskan pembacaan. Bak kata seorang mufti di tempat Ana study ini, beliau selalu bagi tahu kami "hari ini manusia sudah hilang kemanisan dan keasyikan dalam membaca dan belajar tentang agama, mereka lebih suka membaca majalah hiburang,comic, surat khabar, gosip dan cerita yang bukan-bukan etc."

Dan bukan lah tempatnya disini untuk membincangkan kesemua sebab-sebab itu, tambahan pula dengan kecetekan dan sedikitnya Ilmu yang Ana ada, Ana rasa tak layak untuk Ana membuka perbincangan itu..

Tapi apa-apa pun yang paling penting sekali, Allah sendiri yang memerintahkan kita untuk bersyukur..

Firman dalam Surah Ibrahim
ayat 7 yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu meningkari(nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim 14:7)

Dalam ayat ini, Allah bukan sahaja memerintahkan kita untuk bersyukur, tapi Allah juga mengancam kita dengan azab yang berat/pedih, andainya kita mengingkari nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita...

"Dan jika kamu meningkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih."

So hari ini Ana just nak kongsikan satu kisah yang agak menarik, semoga akan dijadikan teladan dan iktibar untuk kita semua..InsyaAllah...

Disebuah banglo mewah 5 tingkat, seorang businessman yang memang kaya raya sedang makan ayam barbecue dengan isterinya yang cantik jelita. Tengah mereka sedap-sedap makan ayam itu, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu rumah..

So businessman tu pun pergi lah keluarkan, nak tengok siapa yang datang, sekali, bila dia bukak pintu aja, dia nampak satu orang pengemis yang berpakaian lusuh dan agak buruk berdiri dihadapan pintu rumah dia, meminta sedikit makanan, katanya sudah beberapa hari dia tak menjamah apa-apa makanan pun..

Tapi businessman itu, dia selalu fikir orang miskin ni, adalah jenis orang yang pemalas, tak mahu berusaha, tak mahu mencari kerja, dan hanya mahukan kesenangan dengan cara yang mudah..

So tanpa belas kasihan, dia pun halau lah pengemis itu keluar dari rumahnya..
Tanpa dia sedari Allah sedang melihatnya di atas 'sana' dengan pandangan murka, murka kerana dia tidak mensyukuri nikmat harta yang telah diberikan Allah SWT kepadanya..
Murka kerana dia tidak mahu berkongsi sedikit dari nikmat yang Allah berikan itu dengan orang lain yang memerlukan..

Maka selepas dari peristiwa itu, satu persatu masaalah dan ujian datang kepadanya, hutang sana sini, businessnya banyak yang tak jadi, project-project banyak yang terlepas ke tangan orang lain, akhirnya businessman itu jatuh miskin, dia diisytiharkan muflis..

Dan disebabkan kemiskinan dan banyaknya masaalah yang berada disekelilingnya.. Akhirnya dia terpaksa menceraikan isterinya yang cantik jelita itu..

Dipendekkan cerita, setelah diceraikan, maka isteri businessman itu pun berkahwin lah dengan orang lain, seorang yang kaya juga, tapi baik hati dan selalu menolong orang lain, yang dalam kesusahan..

Pada suatu hari ketika mereka sedang makan, tiba-tiba kedengaran orang mengetuk pintu rumah dan meminta makanan..

Suami wanita terus berkata kepada wanita itu..
"Sayang, ambil lah ayam ini dan bagilah pada orang yang meminta makanan di luar tu"..

Maka dia segera mengambil ayam yang berada diatas meja makan mereka dan dibawa kepintu rumah..

Apabila dia buka sahaja pintu rumah, dia berasa sangat terkejut, hampir sahaja ayam yang berada ditangannya jatuh ke lantai, dia berlari kembali masuk kedalam rumah dalam keadaan menangis..

Suaminya yang terkejut apabila melihat keadaan isterinya pun bertanya kepada isterinya bertanya apa yang telah terjadi..

Dalam sendu tangisan isterinya memberitahu..
"sebenar orang yang meminta makanan dekat rumah kita tadi adalah bekas suami saya"
Kemudian isterinya menceritakan cerita tentang bekas suaminya yang dahulu sangat kedekut, dan pernah menghalau seorang pengemis yang datang meminta makanan ketika mereka sedang makan..

Suaminya berkata..
"Sayang, Demi Allah, Abang lah pengemis itu"..

*so dari kisah di atas ni kita dapat buat khulasah, kerana bekas suami wanita itu tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada dia, Akhirnya Allah tarik balik kesemua nikmat yang pernah diberikan, bukan sahaja harta tapi isterinya yang cantik jelita itu turut ditarik balik. Allah adalah zat yang maha kuasa, setiap sesuati berada didalam kekuasaanya...

Allah Maha Penyayang, kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh..
Dan Allah jua Maha Keras Azab dan siksanya kepada mereka yang membuat dosa dan maksiat...

Wallahualam...

Tuesday 13 March 2012

let's Play Trick.. Amar Ma'aruf..

Assalamualaikum to all my dearest friends, readers, followers, supporters, lovers, haters, enemies and all bloggers..

So apa khabar semua? Diharap sihat sejahtera disamping keluarga dan insan yang terchenta, dan semoga sentiasa berbahagia didalam naungan rahmat dan kasih sayang Allah.. InsyaAllah..

Okay post kali ni bukan nak mengarut merepek kerepek segala bagai, hari tu dah janji kan? Tak nak mengarut-ngarut dah..ahakz..

Abaikan aja title tu, baca dulu apa yang Ana nak sampaikan..huhu..

Don't judge a book by its cover [haish, silap quote lak]..
Don't judge me by my past... I don't live there anymore.. [haish silap lagi]
Don't judge my post by its title lah..[betul jugak akhirnya..ahakz..

*uiks inche.. Kalau tak mengarut memang tak sah ek??ahakz..

Okay Stop, maka Hikayat Kalam Pencinta pun bermula.... Selamat membaca..

Di suatu petang yang tenang, dari kejauhan kelihatan 2 susuk tubuh keluar dari gerbang University of Love, mereka berjalan beriringan menuju ke taman bunga yang terletak bertentangan dengan gerbang uni..

Bersambung.....ahakz...
InsyaAllah ASAP..

Monday 12 March 2012

Umi & Abah (prolog)

Hari ni dalam Kelas Quran Terjemah, kami sampai pada ayat dalam surah Al-Isra' ayat 23

Maka macam biasa, Maulana Ahmad pun mula mensyarahkan ayat tu, tapi hari ini syarah beliau sangat berlainan, syarah hari ini, sangat menyentuh hati, terasa macam nak menangis..

Kebiasaan Maulana, satu-satu ayat tu, paling lama pun maulana akan syarahkan satu period aja, tapi kali ni, masuk kelas petang tadi dah masuk 3 hari dah kami berada diayat yang sama.. Masih lagi tak bergerak-gerak..

Dan sepanjang 3 hari ini, dah bermacam-macam cerita, nasihat, Hadith, ayat Al Quran dan syair yang beliau kongsikan dengan kami..(maulana memang pandai baca syair, setiap kali maulana bersyair, mesti bergetar hati ni mendengar)

Cuma diakhir kelas tadi Maulana bagi tahu, hari ini adalah hari terkhir kami membahaskan ayat itu, maulana bagi tahu lagi kalau nak disyarahkan ayat ni, sampai bulan depan pun tak akan habis, nanti tak sempat pulak kami nak habiskan syllabus tahun ni, so syarah untuk ayat itu dihentikan disitu sahaja, esok kami akan beralih ke ayat yang seterusnya..

Rasa tak puas lagi hati nie mendengar, tapi bila teringat balik kata-kata maulana tadi betul jugak, muhtamim pun pernah bagi tahu kami time first day kami start kelas Quran Terjemah ni, Muhtamim cakap, ini kelas quran terjemah, bukan tafsir, so ustaz yang bakal mengajar kitab ini nanti mungkin tak akan syarahkan secara detail untuk semua ayat, cuma beliau akan cuba fahamkan ayat itu sahaja, dan buat khulasah secara mukhtasar..

Muhtamim sambung lagi, Quran ni satu mujizat agung yang sangat bernilai, didalam setiap ayat itu, terdapat permata yang sangat berharga, andainya kita cuba meneroka secara detail satu-satu ayat tu, maka InsyaAllah sampai kehujung nafas yang terakhir pun kita tak akan dapat habis meneroka kesemua mutiara berharga didalam Quran..

Semoga Allah terima Ana dan Antum semua untuk belajar memahami makna dan kesemua khazanah berharga yang ada didalam Quran ini..

Dan semoga Allah masukkan kehebatan Al Quran ini kedalam hati dan sanubari kita..

Semoga hidup kita akan sentiasa berada diatas jalan yang benar, berakhlaq kan Al Quran.. Ameen

(maaf terkeluar dari topic asal)

Okay, berbalik kepada cerita asal, so lepas habis kelas petang tadi, ana termenung dalam kelas, semua classmate lain dah keluar..tiba tiba teringat dekat Umi Dan Abah, mata terasa panas, rindunya dekat diorang..

Terbayang pengorbanan umi dan abah, kesusahan mereka, penderitaan mereka..

So bila Ana on9 malam ni, time tengah check email, tiba-tiba datang idea untuk buat article pasal nie, mean pasal insan mulia yang bergelar Umi,Abah,Mama,Papa,Ibu,Ayah,Emak,Abi, etc-etc

InsyaAllah dengan bantuan dari Allah dan dengan sedikit ilmu yang ana ada ini, ana harap dapat buat satu post yang akan bermanfaat untuk kita semua.. Ameen..

Mungkin post ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sebab Ana agak sibuk sekarang ni...

Ana start dalam next post InsyaAllah....

Sunday 11 March 2012

Exam

Salamun Alaik..

*list yang Ana dapat sebelum exam baru-baru ni..

Name: confirm lah nama Ana gempak ni kan, sebab Ana yang ambik exam tue, tak kan lah antum pulak...ahakz*pengsan 5 saat*

Class:2A (kelas semua budak otak geliga kecuali Ana, putus fius sket..ahakz)

country: Malaysia

Student Num: 4350

Sitting Position: C4

(ada lagi 2 point, tapi tak ingat lah pulak)

kay abaikan semua yang kat atas tu, just tengok kat sitting position tu je okey, antum tahu tak apa kemendenya C4 tu??, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh tanya pak cik google, kalau nak tahu sikit-sikit boleh la Ana bagi tahu, C4 tu adalah sejenis bomb yang memang agak superb..sampai disini sahaja penerangan dari ana..(kene cepat ni, ada meeting jap lagi..MEETING okay  bukan dating..)ahakz

so sekarang ni mesti antum semua nak tahu, apa kene mengena C4 tu dengan post Ana ni kan, jawapannya senang aje, first time bila Ana duduk dekat tempat Ana tu, dalam kepala ni terfikir satu benda je, kalau dapat duduk kat num M16, tu tandanya boleh main aci tembak je lah kalau tak tahu jawapan kan? tapi kalau duduk kat C4 nie, kira kalau stuck time jawab paper tu, bomb je la paper tu kan, boleh la bagi jawapan yang ala-ala bombastic bin sarcastic kan...ahakz...haru punya kepala.. putus fius...

Sebab apa putus fius?? sebab.. banyak sangat lah exam tahun ni, tak pernah dibuat orang exam sampai 20 paper, haru sungguh.. ye 20 paper, time tue hidup gaya macam mayat hidup je..

P/S: Azam baru.. nie post mengarut yang terakhir.. lepas nie nak start buat post yang dah tak berapa nak mengarut sangat.. InsyaAllah.. doakan Ana

Friday 9 March 2012

Cerpen

Assalamualaikum kepada semua yang membaca, sila  jawab dulu then baru boleh sambung baca...*peace*


okay nie bukan cerpen yang dalam erti kata yang sebenarnya.. sorry lah kalau ada yang terkena tu, tak terniat la nak kena kan Antum semua, tapi Ana dah tak tahu nak letak title apa....ahakz *peacenowar*


okayh just nak cerita beberapa fakta tentang ana bila dikaitkan dengan dunia penulisan ni...

1-sangat suka membaca, boleh membaca semua benda, dan ana boleh je hidup kalau tak ada makanan ke apa ke, tapi memang tak boleh hidup kalau tak ada buku... haru kan...


2- tiap kali sebelum nak balik semula ke Johannesburg tue,, mesti rasa macam nak menangis aja bila terpaksa tinggalkan semua buku tu kat rumah, sebab Abah tak bagi bawak balik buku buku tu semua,  beg penuh kene sumbat dengan perencah adabi,faeezah,etc etc... abah cakap tak kan nak makan buku tue pulak kan...kesian ana...ahakz


3- kat sini pulak, Tiap tiap bulan tue, banyak lah jugak duit yang habis kat book shop tu, buku buku kat situ memang superb lah, tiap tiap minggu ada je datang buku baru, memang menggoda hati ku ini betul lah...ahakz


4- sedang cuba berjinak jinak dengan buku yang berbahasa Arab dan Urdu.. semoga dipermudahkan..ameen.
.
5- Sangat minat membaca novel, kalau balik malaysia tu, memang kerja wajib lah Ana akan pergi MPH kat mid valley ( jauh kan??) then tawaf-tawaf  satu mph yang memang gedabak besar tu, carik novel (nie misi utama, tapi sambil-sambil tu ambik jugak lah buku-buku yang so called ilmiah nie..ahakz ( jangan lah umi baca post nie, mati kene ban tak boleh gi KL dah lepas nie)huhu


6-sangat minat baca novel esp novel Hlovate, sapa dia Hlovate tu??, nanti lah ana bagi tahu di lain masa, tapi kalau tak boleh nak sabar tu, boleh aje tanya pak cik google, nnti dia bg tahu key...ahakz


7--Umi dan Abah sangat menyokong cita cita anak dia yang satu nie.. yaitu minat membaca, ye lah dari duk melepak duduk buang masa kat mall buat kerje tak berfaedah tue,, baik lah duduk baca buka kat rumah kan??


8-tapi ada satu je yang umi dan abah tak sokong, dan abah memang cukup tak suka tengok anak anak dia baca novel, comic, n majalah majalah hiburan dan yang sama adik beradik dengannya... abah cakap semua tu buang masa, dan hanya merosakkan fikiran kami semua aja..


9- nak stop comic n majalah  Magazines hiburan segala bagai tu memang lah senang, tapi bab novel tu, agak susah dan berat lah, dah jadi darah daging kut..... sorry Abah.. Tak apa long try key...

10- Abah pernah buang satu kotak koleksi novel Ana, sedih gler kut time tu....ahakz


11- Ana banyak tulis cerpen n mini novel, tapi tak pernah pun publish, sebab umi cakap umi tak suka, umi cakap kalau tulis islamic article  tak apa...


12- Tiap kali Ana try tulis cerpen, nanti mesti jadi macam novel, panjang sangat...(tak reti nak tulis sikit-sikit)ahakz (sapa yang rasa-rasa macam dia ada bakat dalam bidang penulisan ni, sila lah bagi tunjuk ajar ye)


13- dah nak kena berhenti menulis, sebab dah nak masuk Jumaat, ana nak kene siap2...




P/S: ada masa nanti Ana tambah lagi lah, banyak lagi kut....

Berlalu Lah Sudah Imtihan..

Salamun Alaik to all readers....(gaya mcm ade je orang yang nak baca kan)..ahakz
*Title tu boleh dibaca dengan rentak lagu raya...

Okay.. firstly nak nak bagi tahu, nie bukan post ilmiah.. ahakz


Mood: happy gaya mcm nak menari sebab dah habis exam.. tapi dalam masa yang sama tgh cuak, sebab result tak keluar lagi...


Minggu lepas, roomate datang bilik (name pun roomate, mesti la datang bilik kan??..ahakz.. Dia bagi tahu dia baru aje tengok reasult Ana, punye lah terkejut, sejak bila lak Darul Uloom bagi reasult gaya macam bagi surat saman nie kan, pulak tu boleh sesuka suki dia aja tengok reasult Ana.. tak boleh jadi nie...haha


Rupa-rupanya official result tak keluar lagi, tapi yang si roomate ana nie, boleh pulak dia buat gaya penjenayah, pegi seludup bawak keluar reasult budak kelas Syafie..


Time tengok result tu memang lah ana dah buat gaya nak lompat melayang layang, sebab tak sangka boleh dapat reasult yang seperti tak ku sangka, ahakz.. sebab kalau ikut kan logic-nya memang chance nak fail tue sgt lah tinggi, sebab sebelum exam baru-baru ni, ana kene penyakit pelik, penyakit apa tu?? nanti lah lain kali cerita..


so disebabakan penyakit tu, ana just start study betul-betul seminggu sebelum real exam, haru kut, mana la nak cover semua 14 major paper tu, memang aci best je lah redah mana yang dapat, tapi....


Alhamdulillah, setiap ujian yang datang tue pasti ada hikmah nya kan, Allah Maha Mendengar setiap luahan dan rintihan dari hambaNya.. Allah turunkan hujan sebab Allah nak bagi kita pelangi...
*bak kata yaya "there's always a silver lining behind each cloud" (sila berbangga ya Nur Nadhirah sebab nama kamu ada disini)


Bila Ana bagi tahu Harieth (sapa harieth ni? nanti, lain kali Ana cerita pasal dia ek..)pasal result tu, dan betapa terkejutnya hati ni bila dapat result macam tu, apa harieth cakap,"haa, tue lah dia berkat ujian yang Allah bagi tue, tengok apa natijah dia.. dan jangan lupa satu lagi, cakap terima kasih kat Umi Abah, dan sahabat-sahabat yang sentiasa doakan enta, mungkin juga berkat dari doa mereka semua tu, enta dapat apa yang Enta nampak sekarang ni...bersyukur dengan apa yang diberikan Allah".. thankz sahabat..


Ending... masih lagi menanti official report...ahakz.. umi dah banyak kali dah tanya bila dia nak keluar, mana lah long tahu umi, bukan long yang siapkan report tu...kalau long yang siapkan, alamatnya memang tak keluar-keluarlah..ahakz.

Btw harap harap lah yang akan keluar nanti sama dengan yang Ana dah tengok, kalau nak lain pun biar lagi gempak lah kan. mean lagi naik dari yang sekarang nie... wassaalam