Bila Hati Mula Berbicara...

Friday 25 May 2012

Munajatku PadaMu..

Ya Allah..

ketika hati menangis, hanya kau saja yang tahu..

Ya Allah..

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri..

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku..

PadaMu tempatku menagih kasih..

Ketenangan kurasa dengan mendekatiMu..

Syahdu malam tak terasa sunyi dengan sujud bermunajat kepadaMu..

Ya Allah..

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan..

Kau beri aku kesabaran, kekuatan dan ketabahan..

pengalaman mengajarku erti kematangan..

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan..

Pada mereka yang pernah melupakanku, dan juga kepada mereka yang pernah menyakitiku..


Ketika aku buntu..

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan..

Kau tidak pernah membiarkan aku sendirian..

Ya Allah..

Yang Maha Pengasih, RahmatMu padaku tak terkira..

Syukurku kepadaMu tak mungkin terukir walaupun habis semua air dilautan kujadikan dakwat untuk pena kesyukuranku..

Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai, selalu melupakanMu..

Bukan sahaja dahulu.. Namun sehingga kini kerap kali ku melupakanMu..

Ku hanya datang menghampiriMu, pabila ditimpa musibah, ujian dan cubaan.

Ku tahu ujian dan musibah itu adalah tanda kasih mu kepada ku, sebagai peringatan..

Terima kasih Ya Allah kerana sering memberi peringatanMu kepada hambaMu yang hina dan berdosa ini..

Friday 18 May 2012

Migrain

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum to all my dearest
friends, readers, followers, supporters,
lovers, haters, enemies and all
bloggers..

So apa khabar semua? Diharap sihat
sejahtera disamping keluarga dan insan
yang terchenta, dan semoga sentiasa
berbahagia didalam naungan rahmat
dan kasih sayang Allah.. InsyaAllah..

Actually ana sendiri pun tak tahu nak letak apa tajuk untuk post ni.. letak je lah migrain kan.. macam lah gempak sikit.. *sikit je pun*

sebab apa letak title luar alam tu????

Sebab hari ni, tetiba pulak migrain datang melawat, tak de bagi warning ape pun, aci best aja dia datang, haish haru, kut ye pun bagi lah notis 24 jam kan, boleh jugak Ana nak siapkan segala bagai ubat tu, tak pun dapatlah ana nak buat persediaan fizikal and mental ke.nie x datang menyerang tetiba macam ni, memang la kedatanganmu berjaya mengharu birukan hidup saya tahu tak inche migrain???

And disebabkan dia dah lama tak datang melawat, so semalam memang kepala ni dah rasa macam duk kene gelek dengan steam rool lah, duk hantuk-hantuk kepala kat dinding pun dia tak hilang-hilang (adalah orang ajar, dia cakap kalau pening kene hantuk kepala kat dinding, tak senonoh betul kan??ahakz)

So akhirnya kitab Tanweerul Masalik yang tengah terbuka time tu, automatic je tertutup, dan selamat bertapa dekat dalam beg, ye lah kalau kepala tengah gaya macam tu, tulisan dalam kitab tu pun dah nampak berkembar aja?? Camne nak study kan?? tak tahu lah kut ada orang boleh study lagi time-time macam nie..

Akhirnya landing kepala atas meja, than cakap kat diri sendiri, sabarlah, jangan buat kerja pelik, jangan la pulak tetiba buat gaya macam kene rasuk mamenda pelik tu.. Bibir tak berhenti mengalun selawat syifa, amalan yang memang dah sekelian lama diamalkan.. tak lama lepas tu dapat lah rasa macam sikit_sikit dia hilang, dan dalam masa yang sama azan isya kedengaran berkumandang didada langit..

Malam tu lepas solay isya, siap semua benda, Ana pun baring lah atas katil sedia nak tidur, tapi tak boleh tidur, puas guling dari kini ke kanan, dari kanan ke kiri, tukar posisi dari bawah ke atas, atas ke bawah,still tak boleh tidur...

Tiba-tiba time tu sakit kepala datang balik,sakit sangat memang rasa macam ada benda duk cucuk-cucuk aja kepala ni, puas duk geledah locer cari ubat tapi tak jumpa-jumpa... Ya Allah ujian apa yang kau bagi pada hamba mu ini...

Akhirnya memang dah tak daya langsung dah, badan menggigil menggeletar,tapi dalam masa yang sama berpeluh, walaupun dalam cuaca ala-ala winter tu, peluh bercucur keluar macam baru lepas lari 500 meter... Habis basah baju..

Akhirnya Ana capai comforter dari atas katil, Ana selubung badan Ana dalam comforter tu, kepala dah tak boleh nak fikir apa dah, dalam duk menenangkan diri tu sempat juga terfikir benda luar alam, luar luar alam pun tapi boleh je jadi betul, macam mana kalau ini petanda yang masa untuk Ana pergi dah hampir, seram jugak time tu..

Ye lah, Ana nie amalan dah tak banyak mana, dosa pulak bergunung2.. Kalau lah ditakdirkan malaikat maut datang menjemput sekarang ni, macam mana lah keadaan ana kan??

Maut ni bukannya kita boleh lari dari dia kan? Yang muda pergi, yang tua pun pergi, yang sihat pergi, yang sakit pun pergi..

Ajal nie memang hampir dengan kita, tapi bila dia nak datang dia tak pernah pun bagi amaran kan?? Beruntung lah orang yang diberi petanda oleh Allah, beruntunglah orang yang diberi kesempatan oleh Allah untuk membuat persediaan kearah perjalanan yang panjang itu....
Dan adakah kesakitan yang kau hantar ini adalah petanda yang kau kirimkan kepadaku Ya Allah....

Allah banyak kali bagi tahu kita dalam Quran, Nabi SAW pun banyak kali mengingatkan kita dalam hadith-hadith baginda...Kematian itu pasti.. Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati..( surah Al Ankabut, Ali Imran, Anbiya) *ayat berapa tak ingat*


Ya Allah.. hamba mu ini tahu janji mu adalah benar, tapi kenapa masih lagi aku tidak mengambil tahu tentang janjimu yang pasti itu..
Ya Allah jadikanlah aku dari golongan mereka yang sentiasa mengingati mu, dan membuat persiapan untu bertemu dengan mu..

P/S:Bukan merelakan, namun andainya masa itu tiba sekadar bersedia... Ampunkan dosaku Ya Allah...

Jiwa Kacau .(>_<)"

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum to all my dearest
friends, readers, followers, supporters,
lovers, haters, enemies and all
bloggers..

So apa khabar semua? Diharap sihat
sejahtera disamping keluarga dan insan
yang terchenta, dan semoga sentiasa
berbahagia didalam naungan rahmat
dan kasih sayang Allah.. InsyaAllah..

Hati tak tenang, tak gembira, jiwa kacau, kenapa ya??

Hrmm Tak tahu lah kenapa, sekarang ni jiwa perasaan and hati ni macam tak tenang je, macam ada something yang tak kena, macam ada sumthing yang nak terjadi, macam.......macam-macam lah yang tengah bermain dekat hati ana nie. Serabut sangat.

Tapi memang betulkan? Kalau ada something yang bakal terjadi, kadang-kadang tu kita dapat rasakan, nak-nak lagi kalau melibatkan orang yang kita sayang, orang yang rapat dengan kita..




Ya maybe Antum semua nak cakap yang ana ni terpengarauh tengok drama and movie ke apa, tapi ana nak bagi tahu, benda tu.. Its really true lah.. Indahkan ciptaan Allah yang bernama naluri dan perasaan ni, halus namun sangat kuat, semoga diberi kefahaman untuk lebih memahami hikmah kejadian nalui ini..ameen..

Pening kepala a.k.a migrain ni pulak makin kerap dia datang melawat, nak cakap kut lah rindu sangat dekat ana pun, jangan lah sampai tiap-tiap dua minggu sekali nak datang kan? Boleh botak nanti kepala ni.

So agak-agaknye lah kan, apa ek petandanya nie??? jangan lah sesuatu yang buruk.. tak sanggup dah..

Dengan punya lah banyaknya benda lain-lain yang tengah duk menyerabutkan lagi kepala ni. Aduilah..

Alangkah indahnya kalau boleh kembali kezaman kanak-kanak riang dahulu kala kan?? indahnya hidup tanpa masaalah. Suka ria bergelak ketawa.. main kejar, tak perlu fikir apa-apa.. ♥ (^_^) ahakz (inchik zack, jangan nak buat gaya fikir luar alam tu)

Kelas lagi nak kene fikir, exam dah nak menjelma, tapi sungguh lah memang tak ready langsung-langsung. Ya Allah bantulah hambamu ini.

Kelas memang stock tak ingat lah sekarang ni, tak cukup dengan kelas yang memang tak stop dari pukul 7 pagi sampai ke 5 petang, bersambung pulak dengan kelas malam sampai pukul 9.

Huwaaa bila lah Ana nak dapat chance buat takrar(rivision) untuk sabaq (lesson) yang lepas-lepas..
Quran terjemah lagi 5 juzu' nak kena pulun..
Hadith lagi 400 lagi nak kena habiskan..
Fiqh punyalah tebal lagi nak disyarahkan, 2 kitab lak tuee..
Tak campur dengan nahw, sarf, ilm sighah, sirah, 3 kitab tajweed yang super pening nak menghadap, farsi lagi, urdu, hifz quran 30 juzu', apa lagi ek? Haila sampai tak ingat madah lain, punya lah banyak, 20 paper kut, nak menangiss... Ya Allah tabahkan lah..(-__-)"

Dan bila kepala terasa down macam ni, mula lah nak teringat dekat umi, abah, adik-adik, hailoh, nie yang sebak semacam je ni *zack!!! Cut that line*

Tapi memang betul pun, malam ni, sambil tulis post ni, sekarang ana tengah dengar semua lagu pasal umi abah segala bagai ni, lagu yang memang boleh buat air mata macam laju je nak mengalir.. Haru.. Kepala sudah ting tong..(-__-)"