Bila Hati Mula Berbicara...

Friday 25 May 2012

Munajatku PadaMu..

Ya Allah..

ketika hati menangis, hanya kau saja yang tahu..

Ya Allah..

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri..

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku..

PadaMu tempatku menagih kasih..

Ketenangan kurasa dengan mendekatiMu..

Syahdu malam tak terasa sunyi dengan sujud bermunajat kepadaMu..

Ya Allah..

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan..

Kau beri aku kesabaran, kekuatan dan ketabahan..

pengalaman mengajarku erti kematangan..

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan..

Pada mereka yang pernah melupakanku, dan juga kepada mereka yang pernah menyakitiku..


Ketika aku buntu..

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan..

Kau tidak pernah membiarkan aku sendirian..

Ya Allah..

Yang Maha Pengasih, RahmatMu padaku tak terkira..

Syukurku kepadaMu tak mungkin terukir walaupun habis semua air dilautan kujadikan dakwat untuk pena kesyukuranku..

Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai, selalu melupakanMu..

Bukan sahaja dahulu.. Namun sehingga kini kerap kali ku melupakanMu..

Ku hanya datang menghampiriMu, pabila ditimpa musibah, ujian dan cubaan.

Ku tahu ujian dan musibah itu adalah tanda kasih mu kepada ku, sebagai peringatan..

Terima kasih Ya Allah kerana sering memberi peringatanMu kepada hambaMu yang hina dan berdosa ini..

No comments:

Post a Comment