Bila Hati Mula Berbicara...

Monday 12 March 2012

Umi & Abah (prolog)

Hari ni dalam Kelas Quran Terjemah, kami sampai pada ayat dalam surah Al-Isra' ayat 23

Maka macam biasa, Maulana Ahmad pun mula mensyarahkan ayat tu, tapi hari ini syarah beliau sangat berlainan, syarah hari ini, sangat menyentuh hati, terasa macam nak menangis..

Kebiasaan Maulana, satu-satu ayat tu, paling lama pun maulana akan syarahkan satu period aja, tapi kali ni, masuk kelas petang tadi dah masuk 3 hari dah kami berada diayat yang sama.. Masih lagi tak bergerak-gerak..

Dan sepanjang 3 hari ini, dah bermacam-macam cerita, nasihat, Hadith, ayat Al Quran dan syair yang beliau kongsikan dengan kami..(maulana memang pandai baca syair, setiap kali maulana bersyair, mesti bergetar hati ni mendengar)

Cuma diakhir kelas tadi Maulana bagi tahu, hari ini adalah hari terkhir kami membahaskan ayat itu, maulana bagi tahu lagi kalau nak disyarahkan ayat ni, sampai bulan depan pun tak akan habis, nanti tak sempat pulak kami nak habiskan syllabus tahun ni, so syarah untuk ayat itu dihentikan disitu sahaja, esok kami akan beralih ke ayat yang seterusnya..

Rasa tak puas lagi hati nie mendengar, tapi bila teringat balik kata-kata maulana tadi betul jugak, muhtamim pun pernah bagi tahu kami time first day kami start kelas Quran Terjemah ni, Muhtamim cakap, ini kelas quran terjemah, bukan tafsir, so ustaz yang bakal mengajar kitab ini nanti mungkin tak akan syarahkan secara detail untuk semua ayat, cuma beliau akan cuba fahamkan ayat itu sahaja, dan buat khulasah secara mukhtasar..

Muhtamim sambung lagi, Quran ni satu mujizat agung yang sangat bernilai, didalam setiap ayat itu, terdapat permata yang sangat berharga, andainya kita cuba meneroka secara detail satu-satu ayat tu, maka InsyaAllah sampai kehujung nafas yang terakhir pun kita tak akan dapat habis meneroka kesemua mutiara berharga didalam Quran..

Semoga Allah terima Ana dan Antum semua untuk belajar memahami makna dan kesemua khazanah berharga yang ada didalam Quran ini..

Dan semoga Allah masukkan kehebatan Al Quran ini kedalam hati dan sanubari kita..

Semoga hidup kita akan sentiasa berada diatas jalan yang benar, berakhlaq kan Al Quran.. Ameen

(maaf terkeluar dari topic asal)

Okay, berbalik kepada cerita asal, so lepas habis kelas petang tadi, ana termenung dalam kelas, semua classmate lain dah keluar..tiba tiba teringat dekat Umi Dan Abah, mata terasa panas, rindunya dekat diorang..

Terbayang pengorbanan umi dan abah, kesusahan mereka, penderitaan mereka..

So bila Ana on9 malam ni, time tengah check email, tiba-tiba datang idea untuk buat article pasal nie, mean pasal insan mulia yang bergelar Umi,Abah,Mama,Papa,Ibu,Ayah,Emak,Abi, etc-etc

InsyaAllah dengan bantuan dari Allah dan dengan sedikit ilmu yang ana ada ini, ana harap dapat buat satu post yang akan bermanfaat untuk kita semua.. Ameen..

Mungkin post ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sebab Ana agak sibuk sekarang ni...

Ana start dalam next post InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment