Bila Hati Mula Berbicara...

Friday 9 March 2012

Cerpen

Assalamualaikum kepada semua yang membaca, sila  jawab dulu then baru boleh sambung baca...*peace*


okay nie bukan cerpen yang dalam erti kata yang sebenarnya.. sorry lah kalau ada yang terkena tu, tak terniat la nak kena kan Antum semua, tapi Ana dah tak tahu nak letak title apa....ahakz *peacenowar*


okayh just nak cerita beberapa fakta tentang ana bila dikaitkan dengan dunia penulisan ni...

1-sangat suka membaca, boleh membaca semua benda, dan ana boleh je hidup kalau tak ada makanan ke apa ke, tapi memang tak boleh hidup kalau tak ada buku... haru kan...


2- tiap kali sebelum nak balik semula ke Johannesburg tue,, mesti rasa macam nak menangis aja bila terpaksa tinggalkan semua buku tu kat rumah, sebab Abah tak bagi bawak balik buku buku tu semua,  beg penuh kene sumbat dengan perencah adabi,faeezah,etc etc... abah cakap tak kan nak makan buku tue pulak kan...kesian ana...ahakz


3- kat sini pulak, Tiap tiap bulan tue, banyak lah jugak duit yang habis kat book shop tu, buku buku kat situ memang superb lah, tiap tiap minggu ada je datang buku baru, memang menggoda hati ku ini betul lah...ahakz


4- sedang cuba berjinak jinak dengan buku yang berbahasa Arab dan Urdu.. semoga dipermudahkan..ameen.
.
5- Sangat minat membaca novel, kalau balik malaysia tu, memang kerja wajib lah Ana akan pergi MPH kat mid valley ( jauh kan??) then tawaf-tawaf  satu mph yang memang gedabak besar tu, carik novel (nie misi utama, tapi sambil-sambil tu ambik jugak lah buku-buku yang so called ilmiah nie..ahakz ( jangan lah umi baca post nie, mati kene ban tak boleh gi KL dah lepas nie)huhu


6-sangat minat baca novel esp novel Hlovate, sapa dia Hlovate tu??, nanti lah ana bagi tahu di lain masa, tapi kalau tak boleh nak sabar tu, boleh aje tanya pak cik google, nnti dia bg tahu key...ahakz


7--Umi dan Abah sangat menyokong cita cita anak dia yang satu nie.. yaitu minat membaca, ye lah dari duk melepak duduk buang masa kat mall buat kerje tak berfaedah tue,, baik lah duduk baca buka kat rumah kan??


8-tapi ada satu je yang umi dan abah tak sokong, dan abah memang cukup tak suka tengok anak anak dia baca novel, comic, n majalah majalah hiburan dan yang sama adik beradik dengannya... abah cakap semua tu buang masa, dan hanya merosakkan fikiran kami semua aja..


9- nak stop comic n majalah  Magazines hiburan segala bagai tu memang lah senang, tapi bab novel tu, agak susah dan berat lah, dah jadi darah daging kut..... sorry Abah.. Tak apa long try key...

10- Abah pernah buang satu kotak koleksi novel Ana, sedih gler kut time tu....ahakz


11- Ana banyak tulis cerpen n mini novel, tapi tak pernah pun publish, sebab umi cakap umi tak suka, umi cakap kalau tulis islamic article  tak apa...


12- Tiap kali Ana try tulis cerpen, nanti mesti jadi macam novel, panjang sangat...(tak reti nak tulis sikit-sikit)ahakz (sapa yang rasa-rasa macam dia ada bakat dalam bidang penulisan ni, sila lah bagi tunjuk ajar ye)


13- dah nak kena berhenti menulis, sebab dah nak masuk Jumaat, ana nak kene siap2...




P/S: ada masa nanti Ana tambah lagi lah, banyak lagi kut....

No comments:

Post a Comment