Bila Hati Mula Berbicara...

Friday 16 March 2012

Syukur-Abanglah pengemis itu..

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum to all my dearest
friends, readers, followers, supporters,
lovers, haters, enemies and all
bloggers..

So apa khabar semua? Diharap sihat
sejahtera disamping keluarga dan insan
yang terchenta, dan semoga sentiasa
berbahagia didalam naungan rahmat
dan kasih sayang Allah.. InsyaAllah..

Sekadar berkongsi sedikit ilmu ada..

Kenapa kita perlu bersyukur???

Ana rasa semua orang pun maklum dan tahu kenapa kita kena bersyukur kan??

Banyak sangat sebab mengapa kita kena bersyukur, andainya hendak dibincangkan disini, mungkin ramai diantara kita yang membaca (kalau ada yang membaca) yang tak akan dapat menghabiskan pembacaan. Bak kata seorang mufti di tempat Ana study ini, beliau selalu bagi tahu kami "hari ini manusia sudah hilang kemanisan dan keasyikan dalam membaca dan belajar tentang agama, mereka lebih suka membaca majalah hiburang,comic, surat khabar, gosip dan cerita yang bukan-bukan etc."

Dan bukan lah tempatnya disini untuk membincangkan kesemua sebab-sebab itu, tambahan pula dengan kecetekan dan sedikitnya Ilmu yang Ana ada, Ana rasa tak layak untuk Ana membuka perbincangan itu..

Tapi apa-apa pun yang paling penting sekali, Allah sendiri yang memerintahkan kita untuk bersyukur..

Firman dalam Surah Ibrahim
ayat 7 yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu meningkari(nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim 14:7)

Dalam ayat ini, Allah bukan sahaja memerintahkan kita untuk bersyukur, tapi Allah juga mengancam kita dengan azab yang berat/pedih, andainya kita mengingkari nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita...

"Dan jika kamu meningkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih."

So hari ini Ana just nak kongsikan satu kisah yang agak menarik, semoga akan dijadikan teladan dan iktibar untuk kita semua..InsyaAllah...

Disebuah banglo mewah 5 tingkat, seorang businessman yang memang kaya raya sedang makan ayam barbecue dengan isterinya yang cantik jelita. Tengah mereka sedap-sedap makan ayam itu, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu rumah..

So businessman tu pun pergi lah keluarkan, nak tengok siapa yang datang, sekali, bila dia bukak pintu aja, dia nampak satu orang pengemis yang berpakaian lusuh dan agak buruk berdiri dihadapan pintu rumah dia, meminta sedikit makanan, katanya sudah beberapa hari dia tak menjamah apa-apa makanan pun..

Tapi businessman itu, dia selalu fikir orang miskin ni, adalah jenis orang yang pemalas, tak mahu berusaha, tak mahu mencari kerja, dan hanya mahukan kesenangan dengan cara yang mudah..

So tanpa belas kasihan, dia pun halau lah pengemis itu keluar dari rumahnya..
Tanpa dia sedari Allah sedang melihatnya di atas 'sana' dengan pandangan murka, murka kerana dia tidak mensyukuri nikmat harta yang telah diberikan Allah SWT kepadanya..
Murka kerana dia tidak mahu berkongsi sedikit dari nikmat yang Allah berikan itu dengan orang lain yang memerlukan..

Maka selepas dari peristiwa itu, satu persatu masaalah dan ujian datang kepadanya, hutang sana sini, businessnya banyak yang tak jadi, project-project banyak yang terlepas ke tangan orang lain, akhirnya businessman itu jatuh miskin, dia diisytiharkan muflis..

Dan disebabkan kemiskinan dan banyaknya masaalah yang berada disekelilingnya.. Akhirnya dia terpaksa menceraikan isterinya yang cantik jelita itu..

Dipendekkan cerita, setelah diceraikan, maka isteri businessman itu pun berkahwin lah dengan orang lain, seorang yang kaya juga, tapi baik hati dan selalu menolong orang lain, yang dalam kesusahan..

Pada suatu hari ketika mereka sedang makan, tiba-tiba kedengaran orang mengetuk pintu rumah dan meminta makanan..

Suami wanita terus berkata kepada wanita itu..
"Sayang, ambil lah ayam ini dan bagilah pada orang yang meminta makanan di luar tu"..

Maka dia segera mengambil ayam yang berada diatas meja makan mereka dan dibawa kepintu rumah..

Apabila dia buka sahaja pintu rumah, dia berasa sangat terkejut, hampir sahaja ayam yang berada ditangannya jatuh ke lantai, dia berlari kembali masuk kedalam rumah dalam keadaan menangis..

Suaminya yang terkejut apabila melihat keadaan isterinya pun bertanya kepada isterinya bertanya apa yang telah terjadi..

Dalam sendu tangisan isterinya memberitahu..
"sebenar orang yang meminta makanan dekat rumah kita tadi adalah bekas suami saya"
Kemudian isterinya menceritakan cerita tentang bekas suaminya yang dahulu sangat kedekut, dan pernah menghalau seorang pengemis yang datang meminta makanan ketika mereka sedang makan..

Suaminya berkata..
"Sayang, Demi Allah, Abang lah pengemis itu"..

*so dari kisah di atas ni kita dapat buat khulasah, kerana bekas suami wanita itu tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada dia, Akhirnya Allah tarik balik kesemua nikmat yang pernah diberikan, bukan sahaja harta tapi isterinya yang cantik jelita itu turut ditarik balik. Allah adalah zat yang maha kuasa, setiap sesuati berada didalam kekuasaanya...

Allah Maha Penyayang, kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh..
Dan Allah jua Maha Keras Azab dan siksanya kepada mereka yang membuat dosa dan maksiat...

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment